Make your own free website on Tripod.com

Text Box:   

sangat cantik sekali.......

sungguh  cantik  sekali ...... 

amat  cantik  sekali  .....

*paling cantik sekali  

*tercantik  sekali......

Frasa-frasa  di atas  mengandungi beberapa  contoh penggunaan kata  penguat seperti sangat, sungguh,amat dan  paling.Kata penguat merupakan perkataan  yang mendahului atau mengikuti kata adjektif. Kata penguat berfungsi untuk menguatkan  maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat;

KATA PENGUAT  HADAPAN

Kata penguat jenis ini terletak di hadapan kata adjektif. Contohnya, terlalu,paling,dan agak. Ayat-ayat contoh yang menggunakan kata penguat hadapan adalah seperti yang berikut:

Pokok di belakang rumahnya terlalu tinggi.

Masakan ibunya paling sedap.

Tasik itu agak dalam.

Text Box: Pemandangan  di tepi sawah itu terlalu indah.

Harga batu permata itu paling mahal.

Buku yang dibawanya itu agak tebal.

 

KATA   PENGUAT  BELAKANG

Kata penguat  jenis  ini terletak di belakang kata adjektif.Contohnya sekali,benar,dan nian. Ayat-ayat contoh adalah seperti yang berikut:

Kelakuan budak-budak itu baik sekali.

Lambat benar bas itu tiba.

Indah nian pemandangan di tepi pantai itu.

Keputusan peperiksaannya kali ini buruk sekali.

Cantik benar rumah di atas bukit itu.

Dia keluar sebentar nian.

 

KATA  PENGUAT  BEBAS

Kata penguat jenis ini terletak sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contohnya amat,sangat, dan sungguh. Lihat ayat-ayat contoh di bawah.

 

Pakaian seragam pasukan itu amat kemas.

Pakaian seragam pasukan itu kemas amat.

 

Pemandangan di perbatasan sungguh indah.

Pemandangan di perbatasan indah sungguh.

 

Sungai itu sangat dalam.

Sungai itu dalam sangat.

 

Bangunan ibu pejabat yang baharu itu amat tinggi.

Bangunan ibu pejabat yang baharu itu tinggi amat.

 

KATA ADJEKTIF  DALAM BENTUK PERBANDINGAN :

Text Box: DARJAH  PENGHABISAN

Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut:   

i. se- + kata adjektif + gandaan + kata nama

  sepandai-pandai tupai , setinggi-tinggi gunung , sekeras-keras batu , secantik-cantik bunga

ii. ter- + kata adjektif

   terpandai, tertinggi, terbaik, tercantik,  termasyhur

iii. paling + kata adjektif

    paling pandai , paling tinggi , paling baik, paling lazat

iv. kata adjektif + sekali

    pandai sekali , tinggi sekali, cantik sekali , masyhur sekali

    Binaan ter- + kata adjektif  tidak perlu diikuti oleh perkataan sekali. Contohnya:

    * terbesar sekali               * terpandai sekali.

    Binaan paling + kata adjektif  tidak perlu diikuti oleh sekali sebab binaan ter,        paling, dan sekali masing-masing sudah membawa maksud darjah penghabisan.

v. ter- + amat/sangat + kata adjektif

    teramat  pandai , tersangat tinggi , teramat baik , tersangat cantik ....

vi amat/ sungguh/sangat + kata adjektif + sekali

   amat pandai sekali , sungguh cergas sekali , sangat  merdu  sekali.

 

Masih  terdapat guru atau penggubal soalan yang masih keliru terhadap penggunaan ter/ paling _______ sekali. Semoga dengan panduan yang telah saya kemukakan di atas akan dapat memberikan penjelasan kepada guru-guru yang berkenaan.

 

KE MENU UTAMA

 

 

 

 

SUMBER : Tatabahasa Dewan  DBP