MUNSYI  DEWAN

Munsyi Dewan  ialah penceramah bahasa Melayu   yang
dilantik khas dan diiktiraf oleh DBP untuk mengendalikan
kursus,  ceramah dan    taklimat bahasa Melayu di sektor   
awam dan swasta. Program ini bermula pada tahun 1995.
Sehingga 2001 ,   DBP   telah  berjaya melatih 127 orang
Munsyi Dewan. Tujuan pelantikan Munsyi Dewan adalah
untuk  kegunaan sektor  pendidikan,  khususnya  sekolah.
Matlamat akhir ialah Satu Sekolah Satu Munsyi.


PERANAN  MUNSYI  DEWAN

Menjadi pembimbing pelajar dan guru di sekolah, daerah dan kawasan masing-masing dalam hal kebahasaan;
Menjadi tempat rujuk untuk menyelesaikan kemusykilan yang timbul mengenai bahasa Melayu;
Mengendalikan pelbagai aktiviti bahasa untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan membantu DBP melaksanakan dan menjayakan pelbagai aktiviti bahasa.
 

TABURAN  MUNSYI MENGIKUT NEGERI 
( 2001 )

BIL

NEGERI

JUMLAH

1 Perlis

4

2 Kedah 8
3 Perak 15
4 Selangor 18
5 Kuala Lumpur 8
6 Negeri Sembilan 4
7 Melaka 7
8 Johor 10
9 Pahang 6
10 Terengganu 12
11 Kelantan 6
12 Sabah 8
13 Sarawak 20
14 Pulau Pinang 1

JUMLAH   127 

bersambung .....