Make your own free website on Tripod.com

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB ANJUNG BAHASA ...

Selamat bertandang ke laman anjungbahasa. Terima kasih saya ucapkan kepada pengunjung yang budiman atas kesudian anda menjenguk ke laman yang masih serba kekurangan ini. Isya-Allah, dengan kesempatan yang ada, akan saya cuba meningkatkan  kualiti dari semasa ke semasa.

Antara hasrat utama laman ini dibina adalah untuk mengajak saudara dan saudari berbincang tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan  bahasa Melayu dalam bidang yang lebih luas serta dalam kemampuan yang kita miliki. Sebagai seorang pengguna bahasa yang prihatin , kita perlu mengetahui perkembangan bahasa secepat mungkin. Sebagai pendidik pula, kita tidak boleh lari  daripada memantapkan pengetahuan kita agar banyak perkara yang dapat kita terapkan dalam pengajaran BM di dalam kelas.

Saya mengalu-alukan kehadiran saudara. Sebarang cadangan yang membina, sila salurkannya melalui e-mel saya anjungbahasa@hotmail.com . Sesuatu yang terbaik itu tidak hadir dalam masa yang singkat.

Saya merakamkan setinggi penghargaan saya kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, JPN Perak, rakan-rakan Munsyi Dewan, Guru Sumber BM, dan rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu saya melaksanakan tugas yang diamanahkan. Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada Encik Meor Ahmad Shukri bin Zainal Abiddin , Pensyarah Teknologi Maklumat ITTAR yang banyak membantu saya membina laman anjungbahasa ini.

 

Akhir kata, saya ingin mengajak saudara dan saudari mendaulatkan bahasa Melayu dengan apa-apa jua caranya. Jangan biarkan bahasa Melayu diperlekehkan atau dianggap lemah oleh bangsa kita sendiri. Bahasa Jiwa Bangsa.

                    Bingka ubi siap beradun,
                    Elok dibakar di tepi tingkap;
                    Bahasa kebangsaan tunggak tamadun,
                    Bahasa asing cuma pelengkap.

                    Mengutip kulat di tunggul ara,
                    Kulat dijual di pekan  Selasa;
                    Negara berdaulat rakyat sejahtera,
                    Sarana penyatu kuncinya bahasa.

Terima  kasih .

ROSLI  OMAR
Munsyi Dewan
Guru Sumber BM Perak