me-...-kan   atau   me-...-i

Ayat  contoh :

Sultan  menganugerahkan beliau  sebutir pingat.*
Sultan menganugerahkan sebutir  pingat. kepada  beliau.
Sultan menganugerahi beliau sebutir pingat .

Ayat pertama  dianggap tidak gramatis kerana beliau dijadikan sebagai anugerah. Imbuhan me-...-kan pada ayat di atas membawa maksud menjadikan atau kausatif. Ayat ini menjadi  gramatis sekiranya perkataan menganugerahkan diikuti dengan sebutir pingat ( objek ) seperti ayat kedua dan perkataan menganugerahi diikuti dengan perkataan beliau ( objek bernyawa ) dalam ayat ketiga.  Selalunya, apabila terdapat  imbuhan me-...-kan , kata sendi nama kepada akan digunakan.

Pilih ayat yang gramatis.

Ibu mengirimkan abang sepucuk surat.

Mak Limah menghidangkan tetamunya sepiring kuih.

Mazni  menghadiahkan  seutas jam tangan  kepada  tunangnya.

Polis menasihati  orang ramai agar  tidak  mempercayai khabar angin  itu.

Pembunuh itu dijatuhi hukuman penjara oleh hakim.