AYAT  AKTIF  TRANSITIF

 

Text Box: Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif , iaitu yang diikuti oleh frasa nama ataupun klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. Walau bagaimanapun, ayat aktif transitif yang bersifat ayat tunggal terbentuk hanya daripada ayat yang mengandungi frasa nama subjek asal sebagai judul dan frasa nama objek sebagai unsur penyambut kata kerjanya.  

Ayat  Contoh :

Guru besar memanggil saya.
Mereka membaiki jalan itu.
Dia membeli buah   duku.
Ibu bapa harus mengawasi anak-anak mereka.
Banjir melanda Bagan Serai.

Ada juga ayat aktif transitif  yang mengandungi kata kerja yang boleh menerima dua objek sebagai penyambut iaitu objek tepat dan objek sipi.

Ayat Contoh :

Anaknya membawakan saya secawan kopi.
Abang membelikan ibu sebuah rumah.
Halimah menghadiahi anaknya  sebuah basikal.
Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormatan.
Gadis itu menjahitkan adiknya sehelai baju.

Dalam ayat di atas, objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerja transitifnya disebut objek tepat manakala objek yang menjadi penyambut tak langsung kepada kata kerja transitifnya disebut objek sipi. Ayat aktif transitif yang mengandungi dua objek boleh diubah binaannya. Objek tepat yang mendapat kata sendi nama di hadapannya akan terbentuk frasa sendi nama yang bertugas sebagai keterangan, manakala objek sipi asal menjadi objek tepat yang baharu.

Ayat :

Anaknya membawa secawan kopi untuk saya.
Abang membeli sebuah rumah untuk ibu.
Haimah menghadiahkan sebuah basikal kepada anaknya.
Baginda menganugerahkan  bintang kehormatan kepada pahlawan itu.
Gadis itu menjahit sehelai baju untuk adiknya.

Terdapat segolongan ayat aktif transitif yang boleh digugurkan objeknya.  Ayat yang demikian mengandungi kata kerja transitif yang memperoleh ciri adjektif, iaitu kata kerja itu boleh menerima kata penguat. Biasanya kata dasar bagi kata kerja ini ialah kata adjektif.

 

Ayat Contoh :

Keputusan  itu sungguh  memeranjatkan ibu bapanya.
Kegagalannya amat menyedihkan saya.
Alasannya kurang meyakinkan ketuanya.
Peristiwa itu amat memalukan kita.
Saya yakin bahawa peristiwa itu sungguh mendebarkan anda.

 

Tatabahasa Dewan463-465.