atau
Ayat contoh :
Sultan menganugerahkan beliau sebutir pingat.*
Sultan menganugerahkan sebutir pingat. kepada beliau.
Sultan menganugerahi beliau sebutir pingat .
Ayat pertama dianggap tidak gramatis kerana beliau dijadikan sebagai anugerah. Imbuhan me-...-kan pada ayat di atas membawa maksud menjadikan atau kausatif. Ayat ini menjadi gramatis sekiranya perkataan menganugerahkan diikuti dengan sebutir pingat ( objek ) seperti ayat kedua dan perkataan menganugerahi diikuti dengan perkataan beliau ( objek bernyawa ) dalam ayat ketiga. Selalunya, apabila terdapat imbuhan me-...-kan , kata sendi nama kepada akan digunakan.
Pilih ayat yang gramatis. Ibu mengirimkan abang sepucuk surat. Mak Limah menghidangkan tetamunya sepiring kuih. Mazni menghadiahkan seutas jam tangan kepada tunangnya. Polis menasihati orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin itu. Pembunuh itu dijatuhi hukuman penjara oleh hakim. |
![]() |