PANTUN WARISAN
![]() |
Rumah kecil tiang
seribu, Rumah besar tiang sebatang; Semasa kecil ditimang ibu, Sudah besar ditimang gelombang. |
Sayang mualim terkena santau,
Santau bertepung dari Judah;
Baharu
semusim pergi merantau,
Pulang ke kampung tergeliat lidah.
Anak merpati disambar helang,
Terbang ke titi di dalam huma;
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati
meninggalkan nama.
Hendak belayar ke Teluk Betung,
Sambil mencuba labuhkan pukat;
Bulat air
kerana pembetung,
Bulat kata kerana muafakat.
Anak kumbang terbang merayap,
Jatuh tercungap di dalam tangki;
Hendak
terbang tiada bersayap,
Hendak hinggap tiada berkaki.
Pelita Bahasa Jan.96